SEDIKIT TENTANG ISYRAG DALAM LEMBARAN ILMU SYUHUD
Sedikit tentang Isyraq dalam Lembaran Ilmu Syuhud Al-Isyraq berarti pancaran sinar atau illuminasi. Konsep tasawuf ini, barangkali adalah tipe tasawuf yang paling orisinil di antara konsep-konsep tasawuf falsafi. Pikiran ini cukup beralasan, mengingat, bahawa Syihabuddin Abū al-Futuh Suhrawardi (l.544 H) sebagai konseptornya, adalah seorang yang memiliki pengetahuan yang luas dalam pelbagai aliran falsafah Greek mahupun falsafah Persia dan India. Beliau akhirnya dihukum bunuh di Aleppo pada tahun 578 H atas perintah Shalahuddin al-Ayyubi oleh sebab ajarannya. Suhrawardi mengatakan, bahawa Allah dinamakan Nur al-Anwar yang merupakan sumber segala yang ada. Dari Nur al-Anwar lahirlah Anwar al-Qahirah (cahaya yang menguasai) yang mengatur perjalanan segala yang ada, kemudian dari Nur al-Qahirah lahirlah Anwar al-Mujarradah (cahaya semata) ialah jiwa manusia. Kemudian lahir lagi Jauhar al-Muzlin (benda gelap) ialah tubuh manusia, dan akhirnya alam materi (benda-benda) yang dinamak