HIKMAH KISAH HASSAN BASRI DAN RABI'ATUL ADAWIYYAH

“Seburuk-buruk tempat di muka bumi ialah tempat yang di dalamnya tidak ada Abul Hassan.” 
Demikian Sayyidina Umar bin Al-Khatab memuji Sayyidina Ali bin Abu Talib Karramallahu Wajhah kerana ketinggian ilmu dan makrifatnya.  Pujian yang dilontarkan Umar itu berdasarkan sebuah kisah pertemuan beliau dengan Huzaifah bin Yaman R.A. 

Umar bertanya kepada Huzaifah:  “Bagaimana keadaanmu”? 
Aku menjadi orang yang menyukai fitnah,  membenci yang haq,  aku solat tanpa wudhuk,  dan aku memiliki sesuatu di bumi  yang tidak dimiliki Allah,”  jawab Huzaifah. 

Mendengar jawapan Huzaifah tersebut, Umar begitu marah sekali.  Mukanya merah. Tiba-tiba Sayyidina Ali muncul. Melihat wajah Umar yang berubah, Ali segera bertanya : 
“Mengapa engkau seperti orang sedang marah,  wahai Amirul Mukminin?” 
Lalu Umar menceritakan apa yang dikatakan oleh Huzaifah. Ternyata Ali membenarkan semua perkataan Huzaifah.  Umar hairan dan bertanya: 
“Jadi engkau juga membenarkan ucapannya, Abul Hasan?” 
“Betul !!!!!!!,”  jawab Sayyidina Ali. 

Hikmah kisah Hassan basri rah. dan Rabi’atul-Adawiyyah rah. Hassan Basri rah. berkata dengan niat hendak menunjukkan keramatnya kepada orang lain yang ia dapat menguasai air (seperti Nabi Isa a.s. boleh berjalan diatas air). Rabi’atul-Adawiyyah berkata,“Hassan, buangkanlah perkara yang sia-sia itu. Jika kamu hendak benar memisahkan diri dari perhimpunan Aulia’Allah, maka kenapa kita tidak terbang sahaja dan berbincang di udara?”Rabi’atul-adawiyyah berkata bergini kerana beliau ada kuasa berbuat demikian tetapi
Hassan tidak ada berkuasa seperti itu. Hassan meminta maaf.

Rabi’atul-Adawiyyah berkata,“Ketahuilah bahwa apa yang kamu boleh buat, ikan pun boleh buat dan jika aku boleh terbang, lalat pun boleh terbang. Buatlah suatu yang lebih dari perkara yang luarbiasa itu. Carilah ianya dalam ketaatan dan sopan-santun terhadap Allah.”

“Maha suci Allah, Tuhan semesta Alam “ ( QS : Al-Araf ayat 54 ) dan beberapa ayat Al-Quran yang menyebutkan sebanyak 900 kali seperti “ Ibahim menjawab, aku tunduk patuh kepada Tuhan semesta alam “ ( QS : Al-Baqarah ayat 131 ), “ Sesungguhnya aku takut kepada Tuhan seru sekalian alam “ ( QS : al-Maidah : 28 ) Jadi Allah Tuhan seluruh alam atau Rabb al Alamin bukan hanya merupakan sebuah kalimat pengakuan dari makhluk sebagai hamba, terhadap Allah sebagai khalik yang menguasai seluruh alam ciptaan-Nya, tetapi Rabb al Alamin juga merupakan kalimat pujian yang sangat utama terhadap Allah. Hanya untuk Allah segala ibadah tertuju, karena Dia sebagai sebab ibadah itu didirikan.

Hanya Tuhan pemilik seluruh alam ini yang mampu memberikan keputusan dan makna dari setiap ibadah yang didirikan dan dilaksanakan setiap makhluk ciptaanNya. “ Katakanlah, sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam “ ( QS : Al-An am ayat 162 ) dan “ Katakanlah, apakah aku akan mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia adalah Tuhan bagi segala sesuatu “ ( QS : Al-An am ayat 164 ) 
  • “Huzaifah menyukai fitnah kerana memang dia menyukai harta dan anak-anak. Bukankah Allah s.w.t. berfirman:  “sesungguhnya harta dan anak-anakmu adalah fitnah.”
  • Dia membenci perkara yang haq,  maksudnya ialah membenci kematian.  Siapa diantara kita yang menyukai kematian,  ya Amirul Mukminin?
  • Dia solat tanpa wudhuk,  maksudnya ialah dia sering membaca selawat untuk Nabi.
  • Dia juga mengakui memiliki sesuatu di bumi yang tidak dimiliki Allah di langit, maksudnya ialah isteri dan anak-anak.”

Mendengar keterangan tersebut,  Umar berkata:  “Seburuk-buruk tempat di muka bumi adalah yang tidak ada Abul Hasan di dalamnya.” 
Demikianlah salah satu keperihalan pengucapan orang-orang yang punya ketinggian makrifat yang boleh mengelirukan tanggapan dan pandangan orang lain yang mendengarnya jika difahami zhohirnya sahaja.  Hanya di kalangan mereka yang dikurniakan ketinggian makrifat yang sama jua yang dapat memahami makna dan idea sebenar yang terselindung di sebalik pengucapan tersebut.  Jika tidak....banyaklah fitnah dan pelbagai tuduhan yang terburu-buru akan bertebaran lantaran kerana kependekkan akal dalam memahami idea dan maksudnya.

Akal semata-mata tidak mampu untuk memaknakan himpunan maksud dan idea di sebaliknya. Ia memerlukan pancaran Nur Makrifat yang hanya boleh ditanggapi oleh Ainul Basyirah atau Mata Hati atau Qalbun yang bersedia untuk menerimanya.

Dari kerana itulah,  para penghulu tasawuf seringkali menasihati murid-muridnya dan orang-orang awam supaya bersabar apabila mendengar atau menemui kalimah-kalimah tinggi ulama-ulama sufiah kerana pada mereka "Bagi setiap ilmu ada ahlinya; dan setiap orang dimudahkan untuk mendapat apa yang diuntukkan baginya"  dan "pada setiap yang zhohir itu ada batinnya". 

Hati para kaum Arifin memiliki ketajaman pandang. Mampu melihat apa yang tak kuasa dilihat oleh pemandang. Baca juga Jalani-hidup-sebagaimana-mestinya

Related Posts



Bagaimana reaksi Anda tentang artikel ini?
Link

Komentar

SUARA KOTA PONTIANAK

ENTER YOUR EMAIL ADDRESS :

DELIVERED BY SUARA KOTA PONTIANAK ||| 🔔E-mail : ptmkspontianak@gmail.com

🚀POPULAR POST

UKRAINA

My blogs

CARA MEMBANGKITKAN NUR QALBU MELALUI ZIKIR NAFI DAN ISBAT BAGI FOMULA TASYAWUF

TUHAN TIDAK BERZAT, BERSIFAT, BERASMA, DAN BERAF'AL.

SEBASTOPOL

🔂 FOLLOWERS